Sinar Harian

40 Episodes
Subscribe

By: sinarharian

Sinar Harian podcast

✂️ Clip this podcast
MB tak simpan duit, semua bagi rakyat
MB tak simpan duit, semua bagi rakyat episode artwork
#7815
Yesterday at 3:49 PM

Hasil kutipan melebihi RM1 bilion selama empat tahun berturut-turut dimanfaatkan sebaik mungkin demi manfaat rakyat Pahang, kata Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang, Dato' Mohamad Nizar Dato' Sri Mohamad Najib.

Jelas beliau, Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail tidak suka menyimpan hasil tersebut sebaliknya akan menggunakannya untuk kepentingan rakyat.

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Townhallrakyat #NizarNajib #MBPahang


Pahang sasar ekonomi RM100 bilion, tumpu lima sektor bernilai tinggi
Pahang sasar ekonomi RM100 bilion, tumpu lima sektor bernilai tinggi episode artwork
#7814
Yesterday at 3:39 PM

Pahang sasar ekonomi RM100 bilion, tumpu lima sektor bernilai tinggi

Pelan Induk Ekonomi Negeri Pahang 2025-2030 (PET30) yang bakal dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Pahang tidak lama lagi menyasarkan pencapaian ekonomi RM100 bilion menjelang 2030. 

Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang, Datuk Mohamad Nizar Mohamad Najib berkata, ketika ini ekonomi kerajaan negeri berada pada paras RM71 bilion, berdasarkan ukuran terbaharu Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Townhallrakyat #NizarNajib #sasarekonomiRM100bilion


Kerajaan Pahang salur subsidi perumahan rakyat RM2.7 bilion
Kerajaan Pahang salur subsidi perumahan rakyat RM2.7 bilion episode artwork
#7813
Yesterday at 3:14 PM

Kerajaan Pahang memperuntukkan subsidi berjumlah RM2.7 bilion bagi membantu rakyat memiliki kediaman menerusi pelbagai skim perumahan negeri, termasuk Rumah Makmur, lapor wartawan Sinar Harian, Raiham Mohd Sanusi.

Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang, Datuk Mohamad Nizar Mohamad Najib berkata, sebanyak kira-kira 29,000 unit rumah menerusi pelbagai skim telah dibangunkan di negeri itu sejak pelaksanaannya sehingga kini.

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Townhallrakyat #NizarNajib #subsidiperumahanrakyat


Jalur Gemilang Terbalik: Polis Johor tahan 5 individu, tiga kertas siasatan dibuka
Jalur Gemilang Terbalik: Polis Johor tahan 5 individu, tiga kertas siasatan dibuka episode artwork
#7812
Yesterday at 10:39 AM

#ICYMI Polis Johor membuka tiga kertas siasatan berhubung tiga kes pemasangan bendera terbalik yang tular di media sosial, dengan lima individu sudah ditahan setakat ini, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Timbalan Ketua Polis Johor, Deputi Komisioner Hoo Chuan Huat berkata, tiga kes berkenaan membabitkan lokasi di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai, Iskandar Puteri dan Johor Bahru Selatan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792771/berita/semasa/tiga-kertas-siasatan-kes-jalur-gemilang-terbalik-dibuka-polis-johor

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #kesbenderaterbalik #PDRM


Mahkamah benarkan pendakwaan kes ADUN Pantai Jerejak rujuk AGC
Mahkamah benarkan pendakwaan kes ADUN Pantai Jerejak rujuk AGC episode artwork
#7811
Last Thursday at 7:16 AM

Mahkamah membenarkan pihak pendakwaan bagi kes Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak, Fahmi Zainol yang berdepan pertuduhan mencederakan isterinya pada Februari lalu untuk dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC), lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohamad Rosli.

Keputusan itu dibuat Majistret Chia Huey Ting di Mahkamah Majistret Balik Pulau pada Khamis.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792798/berita/semasa/mahkamah-benarkan-pendakwaan-kes-adun-pantai-jerejak-rujuk-agc

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #AGC #kesjenayah


Kes Rocky: Tiada perkataan 'membunuh' dalam pertuduhan, netizen dituntut memohon maaf — Peguam
Kes Rocky: Tiada perkataan 'membunuh' dalam pertuduhan, netizen dituntut memohon maaf — Peguam episode artwork
#7810
Last Thursday at 4:58 AM

Kes Rocky: Tiada perkataan 'membunuh' dalam pertuduhan, netizen dituntut memohon maaf — Peguam

Peguam mewakili pemuda dalam insiden kekecohan operasi penangkapan anjing liar baru-baru ini menegaskan bahawa tiada sebarang unsur pembunuhan atau penyeksaan kejam seperti yang didakwa dan ditularkan di media social, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Azlim Zainury.

Peguam terbabit, Muhammad Rafique Rashid Ali, yang mewakili Muhammad Shah Idham Nor Haikal Shaharom, 24, berkata, pertuduhan yang dibacakan di Mahkamah Sesyen pada Khamis secara jelas hanya menyatakan anak guamnya dituduh secara tidak munasabah menjerut seekor anjing jantan menggunakan peralatan gelung tali sehingga menyebabkan kesakitan.

Beliau me...


MQH: ‘Bingkas Menuju Malaysia Sejahtera’, seru masyarakat kembali kepada al-Quran
MQH: ‘Bingkas Menuju Malaysia Sejahtera’, seru masyarakat kembali kepada al-Quran episode artwork
#7809
Last Wednesday at 9:53 AM

MQH: ‘Bingkas Menuju Malaysia Sejahtera’, seru masyarakat kembali kepada al-Quran

Tema Malaysia #QuranHour (MQH) 2026, Bingkas Menuju Malaysia Sejahtera tepat dalam mengajak masyarakat bangkit membina kehidupan berteraskan al-Quran khususnya ketika berdepan cabaran akhlak dan gejala sosial, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.

Imam Besar Negeri Kelantan, Muhammad Hana Pizi Abdullah berkata, beliau mewakili Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menyokong usaha berkenaan kerana tema yang diketengahkan mesej jelas untuk masyarakat kembali kepada panduan al-Quran.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792683/khas/quranhour/mqh-bingkas-menuju-malaysia-sejahtera-seru-masyarakat-kembali-kepada-al-quran

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan vide...


Ketua pegawai kewangan sebuah IPTS didakwa pecah amanah lebih RM6 juta
Ketua pegawai kewangan sebuah IPTS didakwa pecah amanah lebih RM6 juta episode artwork
#7808
Last Wednesday at 5:04 AM

Ketua Pegawai Kewangan sebuah Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) didakwa di Mahkamah Sesyen Sereman pada Rabu atas pertuduhan pecah amanah membabitkan wang berjumlah RM6.5 juta.

Tertuduh, Noraini Aripin, 55, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Datin M Kunasundary selepas kertas pertuduhan dibacakan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792640/berita/semasa/ketua-pegawai-kewangan-sebuah-ipts-didakwa-pecah-amanah-lebih-rm6-juta

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #PecahAmanah #Mahkamah


Jangan tunggu anak kita jadi ‘zombi’
Jangan tunggu anak kita jadi ‘zombi’ episode artwork
#7806
Last Wednesday at 5:00 AM

Dulu kalau nampak anak muda terhuyung-hayang, mata kuyu dan percakapan tidak tentu hala, kita cepat menuduh, “Budak ini ambil dadah.” Sekarang? Belum tentu.

Mungkin dia sedang pegang vape yang nampak begitu bergaya, siap ada lampu berkelip dan perisa buah-buahan. Cuma yang masuk ke paru-paru mungkin bukan sekadar nikotin. Inilah wajah baharu ancaman dadah yang perlu kita pandang serius.

Audio dijana oleh AI

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792600/suara-sinar/jangan-tunggu-anak-kita-jadi-zombi

#SinarHarian #SinarTerkini #AudioSiar #PiuPiu


'Dia sempat maklum selesai tugasan sebelum rebah, terkulai atas stereng'
'Dia sempat maklum selesai tugasan sebelum rebah, terkulai atas stereng' episode artwork
#7807
Last Wednesday at 3:30 AM

Seorang pemandu lori yang baharu selesai menjalankan tugasan membuang sampah di pusat pelupusan sisa pepejal sanitari Sungai Udang di Melaka meninggal dunia selepas rebah di dalam kenderaannya pada Selasa.

Dalam kejadian sekitar jam 1.30 petang itu, kejadian disedari pekerja lain selepas melihat mangsa dalam keadaan kesakitan seperti terkena sawan ketika berhenti di tepi jalan berhampiran lokasi pembuangan tersebut.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792574/berita/semasa/dia-sempat-maklum-selesai-tugasan-sebelum-rebah-terkulai-atas-stereng

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Maut #rebah


Antara pelari maraton dan penunggang RXZ
Antara pelari maraton dan penunggang RXZ episode artwork
#7804
Last Tuesday at 8:00 AM

RXZ Members adalah program perhimpunan motosikal yang paling berjaya dalam negara kerana penganjurannya sudah masuk edisi yang kelapan dan berjaya kumpul ratusan ribu peserta setiap kali diadakan.

Ia menjadi acara paling ditunggu pemilik dan peminat motosikal jenama Yamaha RXZ yang menjadi kegilaan bukan sahaja golongan berusia tetapi generasi muda.

Audio dijana oleh AI

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792449/suara-sinar/pojok/antara-pelari-maraton-dan-penunggang-rxz

#SinarHarian #SinarTerkini #RXZMembers 


'Tiada halangan siasat RCI Tabung Haji di luar tempoh 2014-2020' – Anwar
'Tiada halangan siasat RCI Tabung Haji di luar tempoh 2014-2020' – Anwar episode artwork
#7805
Last Tuesday at 7:40 AM

Siasatan dan tindakan berkaitan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) tidak terikat bagi tahun 2014 hingga 2020 sahaja, sebaliknya melangkaui sebelum dan selepas tempoh ditetapkan, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Azis.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tiada halangan untuk pihak berkuasa menjalankan siasatan melangkaui garis masa dalam laporan berkenaan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792507/berita/nasional/tiada-halangan-siasat-rci-tabung-haji-di-luar-tempoh-2014-2020-ndash-anwar

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #siasatan #RCITabungHaji #AnwarIbrahim


Polis masih kesan pemilik bagasi merah jambu di ICQS Bukit Kayu Hitam
Polis masih kesan pemilik bagasi merah jambu di ICQS Bukit Kayu Hitam episode artwork
#7803
Last Tuesday at 7:31 AM

Polis Kedah membuka Kertas Inkuiri Polis (KEP) bagi mengenal pasti pemilik bagasi merah jambu yang ditinggalkan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, kira-kira dua minggu lalu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, siasatan turut menjurus kepada tujuan bagasi itu ditinggalkan sama ada sengaja berbuat demikian atau sebaliknya.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792513/berita/semasa/polis-masih-kesan-pemilik-bagasi-merah-jambu-di-icqs-bukit-kayu-hitam

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Bagasipink #ICQS #BukitKayuHitam


Kerajaan terbuka kaji gabung SST, GST untuk sistem cukai lebih progresif
Kerajaan terbuka kaji gabung SST, GST untuk sistem cukai lebih progresif episode artwork
#7802
Last Tuesday at 7:22 AM

Kerajaan terbuka untuk mengkaji keperluan menggabungkan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) dan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi menambah baik sistem percukaian negara ke arah lebih progresif, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Azis.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan perlu mengambil kira kelebihan kedua-dua sistem berkenaan dan melakukan penyesuaian dengan keadaan semasa.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792502/berita/nasional/kerajaan-terbuka-kaji-gabung-sst-gst-untuk-sistem-cukai-lebih-progresif

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #SistemCukai #SST #GST #AnwarIbrahim...


Tiada istilah ‘tikam belakang', hanya strategi untuk menang - Ahmad Maslan
Tiada istilah ‘tikam belakang', hanya strategi untuk menang - Ahmad Maslan episode artwork
#7801
Last Tuesday at 5:17 AM

UMNO menegaskan tindakan parti mengambil langkah strategik dalam menghadapi pilihan raya negeri (PRN) bukan bermaksud ‘tikam belakang’ mana-mana pihak sebaliknya usaha memastikan kemenangan parti khususnya di negeri yang tidak mempunyai perjanjian kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohd Rosli.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Seri Dr Ahmad Maslan berkata, tiada perjanjian antara UMNO dan PH di peringkat negeri Johor, Negeri Sembilan dan Melaka sekali gus membolehkan pucuk pimpinan menentukan strategi terbaik bagi memaksimumkan kemenangan parti.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792492/berita/politik/tiada-istilah-tikam-belakang-hanya-strategi-untuk-menang---ahmad-maslan

Muzik: Elevate dari www...


Pemandu lori tangki mengaku tidak bersalah sebabkan kematian dua beranak
Pemandu lori tangki mengaku tidak bersalah sebabkan kematian dua beranak episode artwork
#7800
Last Tuesday at 3:38 AM

Seorang pemandu lori tangki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Temerloh pada Selasa atas dua pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian dua beranak, Jumaat lalu.

Norazlan Mahayuddin, 37 tahun membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Anis Adlina Abu Johan pada prosiding tersebut.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792472/berita/semasa/pemandu-lori-tangki-mengaku-tidak-bersalah-sebabkan-kematian-dua-beranak

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #kemalangan


HKHM 2026: JaPen serah kit Jalur Gemilang, galak semangat patriotisme
HKHM 2026: JaPen serah kit Jalur Gemilang, galak semangat patriotisme episode artwork
#7799
Last Monday at 1:26 PM

Penyerahan kit Jalur Gemilang kepada kementerian dan jabatan termasuk lapan agensi media menerusi kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang antara usaha Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) dalam menyemarakkan lagi semangat patriotisme sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026.

Timbalan Ketua Pengarah (Kandungan Digital) JaPen, Wan Saidatul Shafina Mohd Amin berkata, sambutan hari kebangsaan tahun ini dijangka lebih meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya disebabkan pengisian program sisipan HKHM 2026 cukup menarik perhatian orang awam.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792419/berita/nasional/hkhm-2026-japen-serah-kit-jalur-gemilang-galak-semangat-patriotisme

Muzik: Bensound dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video...


'Tak mampu tolong dengan duit, dengan keringat pun boleh'
'Tak mampu tolong dengan duit, dengan keringat pun boleh' episode artwork
#7798
Last Monday at 11:28 AM

“Tak mampu tolong orang dengan duit, dengan keringat pun boleh.”

Demikian antara kata-kata Allahyarham Mohd Khairil Jamaludin, 44, yang masih segar dalam ingatan isterinya, Norasmani Ahmad, 44.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792397/edisi/utara/tak-mampu-tolong-dengan-duit-dengan-keringat-pun-boleh

Muzik: Dissolved- Veance D dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #dermaorgan


'Rasa kosong sekarang, tengah nak kumpul jiwa balik'
'Rasa kosong sekarang, tengah nak kumpul jiwa balik' episode artwork
#7797
Last Monday at 9:41 AM

“Rasa kosong sekarang ini. Tengah nak kumpul jiwa balik.”

Demikian kata Saifulnizam Sulaiman, 39, suami kepada Nur Fatima Syuhada Abdullah, 39, dan bapa kepada Muhammad Fattah Aisy Naufal Saifulnizam, 12, yang maut dalam tragedi lori tangki menghempap kereta sebelum terbakar di Jalan Temerloh-Triang pada Jumaat lalu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792401/berita/semasa/rasa-kosong-sekarang-tengah-nak-kumpul-jiwa-balik

Muzik: Lightness - Veance D dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Nahas #Keretaterbakar #hempaploritangki


Cadangan mengarut, tak masuk akal
Cadangan mengarut, tak masuk akal episode artwork
#7795
Last Monday at 5:00 AM

Cadangan supaya Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT2 ditutup sementara bagi memberi laluan kepada peserta RXZ Members jelas bukan jalan penyelesaian kepada masalah kemalangan yang sering berlaku ketika program itu berlangsung.

Dapatan tinjauan poll menerusi platform Sinar Harian menunjukkan, majoriti responden menolak cadangan tersebut, malah ada yang menyifatkannya sebagai idea tidak masuk akal dan keterlaluan.

Audio Dijana oleh AI

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792325/suara-sinar/lidah-pengarang/cadangan-mengarut-tak-masuk-akal

#SinarHarian #SinarTerkini #AudioSiar


Mayat dililit jaring: Empat lelaki didakwa bunuh ahli perniagaan
Mayat dililit jaring: Empat lelaki didakwa bunuh ahli perniagaan episode artwork
#7796
Last Monday at 3:36 AM

Empat lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Batu Pahat, pada Isnin atas tuduhan membunuh seorang ahli perniagaan sebelum mayatnya ditemukan terapung dalam jaring di sungai, awal bulan ini.

Keempat-empat tertuduh ialah Yogesvaran Subramaniam, 40; Lim Yong Ming, 26; Achuthan Nagarajan, 32, dan How Han Wei, 33.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792337/berita/semasa/mayat-dililit-jaring-empat-lelaki-didakwa-bunuh-ahli-perniagaan

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah


Isyarat jelas perwakilan mahu DAP dalam kerajaan - Syahredzan
Isyarat jelas perwakilan mahu DAP dalam kerajaan - Syahredzan episode artwork
#7794
Last Sunday at 11:04 AM

Keputusan yang menyaksikan majoriti 1,857 perwakilan bersetuju agar DAP kekal berada dalam Kerajaan Perpaduan merupakan isyarat jelas daripada akar umbi dan ia mesti diteruskan.

Naib Pengerusi DAP, Syahredzan Johan berkata, pihaknya bagaimanapun mengakui terdapat kelemahan di sana-sini, namun lebih baik untuk parti kekal menyokong kerajaan dan tetap melaksanakan segala manifesto pilihan raya demi kesejahteraan rakyat.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792298/berita/politik/isyarat-jelas-perwakilan-mahu-dap-dalam-kerajaan---syahredzan

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #DAP


Anwar perlu lepaskan jawatan Menteri Kewangan - DAP Sarawak
Anwar perlu lepaskan jawatan Menteri Kewangan - DAP Sarawak episode artwork
#7793
Last Sunday at 9:00 AM

Perwakilan DAP Sarawak menetapkan lima langkah reformasi daripada kerajaan sebagai kayu ukur bagi penyertaan berterusan parti itu dalam Kerajaan Perpaduan.

Soo Tien Ren berkata, tuntutan tersebut merangkumi keperluan supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melepaskan portfolio Menteri Kewangan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792277/berita/politik/anwar-perlu-lepaskan-jawatan-menteri-kewangan---dap-sarawak

#SinarHarian #BeritaSemasa #DAP


DAP wajar kekal tapi nilai semula hubungan dengan Anwar - Perwakilan
DAP wajar kekal tapi nilai semula hubungan dengan Anwar - Perwakilan episode artwork
#7792
Last Sunday at 8:31 AM

[DIKEMAS KINI] DAP wajar kekal dalam Kerajaan Perpaduan buat masa sekarang, namun parti itu perlu menilai semula hubungan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perwakilan DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sangeet Kaur Deo berkata, parti itu perlu terus berada dalam Kerajaan Persekutuan kerana ia memerlukan lebih masa untuk membina semula kepercayaan dan keyakinan dalam parti.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792252/berita/politik/dap-wajar-kekal-tapi-nilai-semula-hubungan-dengan-anwar---perwakilan

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #DAP


'Saya masih Izzah yang sama seperti 1998'
'Saya masih Izzah yang sama seperti 1998' episode artwork
#7791
Last Sunday at 8:07 AM

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menegaskan beliau masih membawa semangat perjuangan yang sama seperti ketika gerakan reformasi bermula pada 1998.

Nurul Izzah berkata, meskipun selepas ini beliau akan memikul amanah melalui ruang yang berbeza, matlamatnya untuk memperkukuh institusi, memelihara maruah serta membuka lebih banyak peluang kepada rakyat tetap sama.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792248/berita/politik/saya-masih-izzah-yang-sama-seperti-1998

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #KongresPKR #NurulIzzah


'Orang Melayu tidak pernah terancam sebab kaum lain' - Saifuddin
'Orang Melayu tidak pernah terancam sebab kaum lain' - Saifuddin episode artwork
#7790
Last Sunday at 7:35 AM

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan bahawa orang Melayu di negara ini tidak pernah terancam disebabkan kewujudan kaum lain.

Menurutnya, terdapat pelbagai faktor yang boleh mengancam masyarakat Melayu, antaranya kemiskinan dan penyalahgunaan dadah.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792237/berita/politik/orang-melayu-tidak-pernah-terancam-sebab-kaum-lain---saifuddin

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #KongresPKR #Melayu


Bapa, anak hidupkan seni tradisi Jawa
Bapa, anak hidupkan seni tradisi Jawa episode artwork
#7787
Last Sunday at 6:30 AM

Hampir dua dekad mengabdikan diri memartabatkan seni budaya masyarakat Jawa, pengasas Kumpulan Tunas Warisan, Amar Abu, 65, kini mampu menarik nafas lega apabila perjuangannya mempertahankan warisan itu disambung oleh anak bongsunya, Mohd Nizal Amar, 21.

Bapa dan anak itu antara individu yang terus menghidupkan pelbagai seni tradisional termasuk gasing pangkah Johor, gamelan, tarian reog dan wayang kulit Jawa di Kampung Permatang Duku, Benut sekali gus memastikan khazanah budaya itu terus diwarisi generasi akan datang.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792189/edisi/johor/bapa-anak-hidupkan-seni-tradisi-jawa

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar...


'Kalah siri PRN, gagal pertahan DUN Chennah bukan halangan DAP bergerak ke depan' - Anthony
'Kalah siri PRN, gagal pertahan DUN Chennah bukan halangan DAP bergerak ke depan' - Anthony episode artwork
#7789
Last Sunday at 5:44 AM

Kekalahan dalam beberapa siri Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini termasuk kegagalan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah pada PRN Negeri Sembilan tidak sepatutnya menjadi halangan untuk parti bergerak ke hadapan, tegas Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.

Mengakui hampa dengan kekalahan bermula dari PRN Sabah hingga PRN Negeri Sembilan, Anthony bagaimanapun berkata, perwakilan dan aktivis parti perlu menjadikannya sebagai pedoman dan inspirasi.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792220/berita/politik/kalah-siri-prn-gagal-pertahan-dun-chennah-bukan-halangan-dap-bergerak-ke-depan---anthony

#SinarHarian #BeritaSemasa #DAP


'Takut tapi tetap fly' - Remaja 16 tahun antara ditahan lakukan aksi 'superman'
'Takut tapi tetap fly' - Remaja 16 tahun antara ditahan lakukan aksi 'superman' episode artwork
#7788
Last Sunday at 4:50 AM

Aksi ‘superman’ ketika menunggang motosikal di lebuh raya dilakukan hanya untuk keseronokan walaupun mengakui diselubungi perasaan takut setiap kali melakukan lagak berbahaya itu.

Bagaimanapun perbuatan samseng jalanan tersebut akhirnya menjerat diri selepas ditahan polis menerusi operasi bersepadu di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) di Kuala Lumpur kira-kira jam 3 pagi pada Ahad.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792218/berita/semasa/takut-tapi-tetap-fly---remaja-16-tahun-antara-ditahan-lakukan-aksi-superman

#SinarHarian #BeritaSemasa #samsengjalanan


Seruan Anwar kepada 'otai' lama bukan kami, mungkin Tian Chua dan Xavier - Rafizi
Seruan Anwar kepada 'otai' lama bukan kami, mungkin Tian Chua dan Xavier - Rafizi episode artwork
#7786
Last Sunday at 3:27 AM

Pemimpin Parti Bersama Malaysia (Bersama), Datuk Seri Rafizi Ramli berpandangan seruan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya ‘otai-otai’ lama kembali kepada perjuangan PKR mungkin tidak ditujukan kepada beliau dan Nik Nazmi Nik Ahmad.

Rafizi berkata, beliau menganggap dirinya masih muda dan tidak pasti sama ada Presiden PKR itu merujuk kepadanya serta Nik Nazmi ketika menyebut mengenai ‘otai-otai’ berkenaan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792204/berita/politik/seruan-anwar-kepada-otai-lama-bukan-kami-mungkin-tian-chua-dan-xavier---rafizi

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #PKR #Rafizi #NikNazmi #Bersama


Haluan politik berbeza, hubungan dengan Akmal tetap baik – Solehin
Haluan politik berbeza, hubungan dengan Akmal tetap baik – Solehin episode artwork
#7785
Last Sunday at 3:11 AM

Keputusan untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka melalui jalur politik berbeza di bawah Parti Bersama Malaysia (Bersama) tidak menjejaskan hubungan adik-beradik antara Dr Muhammad Solehin Saleh dengan Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh.

Dr Muhammad Solehin berkata, beliau dan Dr Akmal yang juga Ketua Pemuda UMNO itu sentiasa berhubung selain kerap berbincang mengenai perjalanan politik masing-masing.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792198/berita/politik/haluan-politik-berbeza-hubungan-dengan-akmal-tetap-baik-ndash-solehin

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Bersama #PRNMelaka


Al-Muzammil bergema dalam pusat beli-belah
Al-Muzammil bergema dalam pusat beli-belah episode artwork
#7784
08/15/2026

Rumah Ngaji Teluk Muroh terus mencipta kelainan membudayakan bacaan al-Quran apabila memilih pusat beli-belah AEON Seri Manjung di Manjung bagi menyemarakkan penganjuran Malaysia #QuranHour pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.

Bacaan Surah al-Muzammil yang dipilih bergema di lokasi tumpuan pengunjung pada hujung minggu itu dengan disertai kira-kira 70 peserta dari Rumah Ngaji berkenaan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792118/berita/nasional/al-muzammil-bergema-dalam-pusat-beli-belah

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #SurahAlMuzammil #QuranHour #RumahNgajiTelukMuroh


Tiga surah pilihan Malaysia #Quran Hour 2026 penyelesaian cabaran masyarakat
Tiga surah pilihan Malaysia #Quran Hour 2026 penyelesaian cabaran masyarakat episode artwork
#7783
08/15/2026

Tiga surah pilihan Malaysia #Quran Hour (MQH) 2026 akan datang iaitu al-Muzzammil, al-Balad dan al-Baqarah membawa mesej yang bertepatan dengan cabaran masyarakat kini khususnya dalam menangani keretakan hubungan keluarga, remaja yang terpinggir serta sikap kurang peduli terhadap golongan memerlukan, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.

Ahli Lembaga Pengarah Tadabbur Centre, Syaari Ab Rahman berkata, mesej ketiga-tiga surah berkenaan saling melengkapi dalam membentuk individu yang baik hubungannya dengan ALLAH sebelum diterjemahkan melalui hubungan sesama manusia.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792144/khas/quranhour/tiga-surah-pilihan-malaysia-quran-hour-2026-penyelesaian-cabaran-masyarakat

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

...


'Selesai Tabung Haji, bongkar Felda' - Anwar
'Selesai Tabung Haji, bongkar Felda' - Anwar episode artwork
#7782
08/15/2026

'Selesai Tabung Haji, bongkar Felda' - Anwar

Kerajaan akan terus membongkar pelbagai kepincangan tadbir urus yang didakwa berlaku termasuk di Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihak berkuasa akan menjalankan siasatan secara profesional sebelum tindakan lanjut diambil.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792140/berita/nasional/selesai-tabung-haji-bongkar-felda---anwar

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #RCITabungHaji #Felda #AnwarIbrahim


Permohonan tukar Pengerusi MPN Negeri Sembilan akan dibincang - Anwar
Permohonan tukar Pengerusi MPN Negeri Sembilan akan dibincang - Anwar episode artwork
#7781
08/15/2026

Permohonan tukar Pengerusi MPN Negeri Sembilan akan dibincang - Anwar

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau tiada masalah untuk membincangkan mengenai permohonan enam Ketua Cabang di Negeri Sembilan yang meminta supaya parti menilai semula kepimpinan Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) negeri terbabit, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Beliau bagaimanapun memaklumkan bahawa masih belum menerima surat tersebut, tetapi sudah diberitahu mengenainya.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792116/berita/politik/permohonan-tukar-pengerusi-mpn-negeri-sembilan-akan-dibincang---anwar

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Copyright disclaimer...


'Ada gaduh ke?' - Anwar tepis dakwaan hubungan dengan Ahmad Zahid retak
'Ada gaduh ke?' - Anwar tepis dakwaan hubungan dengan Ahmad Zahid retak episode artwork
#7780
08/15/2026

'Ada gaduh ke?' - Anwar tepis dakwaan hubungan dengan Ahmad Zahid retak

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan hubungan beliau dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kini berada pada fasa retak menanti belah, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.

Dakwaan itu timbul selepas kedua-dua gabungan berkenaan memilih untuk tidak menjalin kerjasama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang berlangsung pada Julai lalu dan PRN Negeri Sembilan pada Ogos lalu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792114/berita/politik/ada-gaduh-ke---anwar-tepis-dakwaan-hubungan-dengan-ahmad-zahid-retak#google_vignette

...


Kerajaan akan mansuhkan AUKU - Anwar
Kerajaan akan mansuhkan AUKU - Anwar episode artwork
#7779
08/15/2026

Kerajaan akan mansuhkan AUKU - Anwar

Kerajaan akan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU), bagi memberi kebebasan dan ruang demokrasi lebih luas kepada gerakan mahasiswa di negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat susulan memorandum dan pandangan yang dikemukakan kepimpinan mahasiswa, yang mahukan perubahan menyeluruh terhadap akta berkenaan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792099/berita/nasional/kerajaan-akan-mansuhkan-auku---anwar

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #AnwarIbrahim #AUKU #Mahasiswa #Universiti


'Memang ada sakau dalam TH, rupa-rupanya ada yang gerun' - Anwar
'Memang ada sakau dalam TH, rupa-rupanya ada yang gerun' - Anwar episode artwork
#7778
08/15/2026

'Memang ada sakau dalam TH, rupa-rupanya ada yang gerun' - Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan bahawa sememangnya berlaku perbuatan ‘sakau’ dalam Tabung Haji (TH).

Menurutnya, beliau dipersalahkan kerana tidak mendedahkan perkara berkenaan lebih awal, tetapi ia ditangguhkan sebelum ini kerana dibimbangi memberi risiko kepada agensi terbabit.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792097/berita/nasional/memang-ada-sakau-dalam-th-rupa-rupanya-ada-yang-gerun---anwar

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #RCITabungHaji #TabungHaji #AnwarIbrahim


'PKR terluka, namun bukan dititik terendah' - Fuziah
'PKR terluka, namun bukan dititik terendah' - Fuziah episode artwork
#7777
08/15/2026

'PKR terluka, namun bukan dititik terendah' - Fuziah

Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang melalui fasa sukar dan terluka susulan beberapa perkembangan politik serta keputusan pilihan raya, namun keadaan itu bukan titik terendah dalam sejarah perjuangan parti berkenaan.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, parti itu perlu cukup matang untuk mengakui kelemahan, membaca realiti dan belajar daripada pengalaman tanpa membiarkan luka menentukan masa depan perjuangan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792092/berita/politik/pkr-terluka-namun-bukan-dititik-terendah---fuziah

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian...


Kerajaan Perpaduan: Lebih 400 perwakilan DAP Johor akan tentukan hala tuju parti
Kerajaan Perpaduan: Lebih 400 perwakilan DAP Johor akan tentukan hala tuju parti episode artwork
#7775
08/14/2026

Kerajaan Perpaduan: Lebih 400 perwakilan DAP Johor akan tentukan hala tuju parti

DAP Johor menyerahkan sepenuhnya kepada lebih 400 perwakilan untuk menentukan pendirian berhubung isu hala tuju parti pada persidangan yang dijadualkan berlangsung Ahad ini.

Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching berkata, setiap perwakilan diberi kebebasan untuk membuat keputusan berdasarkan pandangan dan pemahaman masing-masing mengenai hala tuju parti.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791967/berita/politik/kerajaan-perpaduan-lebih-400-perwakilan-dap-johor-akan-tentukan-hala-tuju-parti

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #KerajaanPerpaduan #DAP #PerwakilanDAP