Ruang Cerita ZAYAN - Radio Station [BM]
Kisah penghijrahan, kisah inspirasi, motivasi diri, positiviti, muhasabah diri dan pelbagai kisah yang tak pernah diceritakan oleh tetamu jemputan. Segalanya untuk anda di podcast terbaru, Ruang Cerita ZAYAN bersama FBI & Nana, setiap Sabtu jam 11 pagi.
ZAYAN | "Dalam Harta Kita, Ada Hak Mereka" - Ustaz Ameer Azeezy | Ruang Cerita ZAYAN

[ RUANG CERITA ZAYAN ; EP16 BERSAMA USTAZ AMEER AZEEZY ]
Pastinya bila bercakap tentang zakat, ramai yang kurang cakna lebih mendalam dan ada yang salah faham mengenai zakat dalam Islam ini. Ustaz Ameer Azeezy bin Tuan Abdullah selaku Ketua Pegawai Zakat, Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menyingkap fakta, informasi dan kisah-kisah tentang zakat yang anda perlu tahu!
Nak tahu kisah lanjut? Tengok video sampai habis!
Kisah penghijrahan, kisah inspirasi, motivasi diri, positiviti, muhasabah diri dan pelbagai kisah yang tak pernah diceritakan oleh tetamu...
ZAYAN | "Akui Banyak Kesilapan, Kita Pasti Mahu Pengakhiran Yang Baik" - Liza Abdullah | Ruang Cerita ZAYAN

[ RUANG CERITA ZAYAN ; EP15 BERSAMA LIZA ABDULLAH ]
Liza Abdullah, seorang figura yang tidak asing lagi dalam dunia lakonan sejak 80-an lagi. Pelbagai cabaran dan ujian dilalui dirinya sepanjang karier dan kehidupan. Penghijrahannya juga merupakan batu loncatan untuk menjadi sisi yang lebih terbaik bagi dirinya, keluarga dan kepada Allah SWT. Jom sama-sama kita menyingkap kisah beliau dalam episod ini.
Nak tahu kisah lanjut? Tengok video sampai habis!
Kisah penghijrahan, kisah inspirasi, motivasi diri, positiviti, muhasabah diri dan pelbagai kisah yang tak pernah diceritakan oleh tetamu...
ZAYAN | "Tipulah Kalau Tak Pernah Menangis Masa Hafal Al-Quran" - Ustaz Aiman Ridhwan | Ruang Cerita ZAYAN

[ RUANG CERITA ZAYAN ; EP14 BERSAMA USTAZ AIMAN RIDHWAN ] Ustaz Aiman Ridhwan merupakan seorang ustaz yang aktif dalam pengajian al-Quran dan Sunnah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), dengan kerjasama Darul Quran. Beliau juga seorang qari muda Malaysia yang telah mencipta nama di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Nak tahu kisah lanjut? Tengok video sampai habis! Kisah penghijrahan, kisah inspirasi, motivasi diri, positiviti, muhasabah diri dan pelbagai kisah yang tak pernah diceritakan oleh tetamu jemputan. Segalanya untuk anda di podcast terbaru, Ruang Cerita ZAYAN bersama FBI & Nana, setiap Sabtu jam 11 pagi. #RuangCeritaZAYAN #FnNPagiZAYAN#UstazAimanRidhwan #ZAYANShare
ZAYAN | "Ibu Saya Meninggal Dunia Ketika First Day Jadi Imam, Difitnah Netizen" - Ustaz Firdaus Firabib | Ruang Cerita ZAYAN

[ RUANG CERITA ZAYAN ; EP13 BERSAMA USTAZ FIRDAUS FIRABIB ]
Ustaz Firdaus Firabib merupakan Pengerusi dan Imam Masjid Al Busyra, Merbok, Kedah yang telah membangunkan komuniti masjid sebagai satu pusat dakwah untuk masyarakat setempat.
Bayangkan masjid yang tiada pagar, menunjukkan ia sentiasa terbuka untuk semua lapisan masyarakat ke rumah ibadat itu.
Namun, pelbagai fitnah, ugutan dan cabaran yang dilaluinya sepanjang 7 tahun memimpin jawatankuasa masjid tersebut dan aktif berdakwah di media sosial yang kini mencecah 1 juta pengikut di TikTok.Nak tahu kisah lanjut? Tengok video sampai habis!<...
ZAYAN | "Bahaya Maksiat Akhir Zaman, Susah Move On Dengan Takdir" - Ustaz Adnin Roslan | Ruang Cerita ZAYAN

[ RUANG CERITA ZAYAN ; EP12 BERSAMA USTAZ ADNIN ROSLAN ] Pendakwah, penulis buku, penerbit, komposer, penulis lirik dan pengasas Tarbiah Sentap, Ustaz Adnin Roslan menyingkap sisi peribadi dirinya dalam menjalani kehidupan bergelar seorang pendakwah muda. Pelbagai cabaran dakwah yang dilakukannya dan platform media sosial banyak membantu dalam menyebarkan ilmu dakwah dan agama kepada Ummah terutamanya anak-anak muda. Nak tahu kisah lanjut? Dengarkan sampai habis! Kisah penghijrahan, kisah inspirasi, motivasi diri, positiviti, muhasabah diri dan pelbagai kisah yang tak pernah diceritakan oleh tetamu jemputan. Segalanya untuk anda di podcast terbaru, Ruang Cerita ZAYAN bersama FBI & Nana, setiap Sabtu jam 11 pagi. #RuangCeritaZAYAN #FnNPagiZAYAN...
ZAYAN | “Pernah Ditangkap, Tangan Digari Ketika Rakaman Di Masjid” - Fedtri Yahya | Ruang Cerita ZAYAN

[ RUANG CERITA ZAYAN ; EP11 BERSAMA FEDTRI YAHYA ]
Pengacara, penulis lirik dan personaliti TV, Ahmad Fedtri Yahya menyelami dirinya detik ketika bermulanya dia bertapak di industri penyiaran.
Malah, minat mendalam dalam bahasa membuatkan dirinya terus belajar dan belajar dengan ilmu baharu.Untuk episod ini, dia juga berkongsi pengalaman yang tak dapat dilupakan ketika menjalani penggambaran di luar negara seperti di Palestin, Jerman, Jordan, Sudan dan banyak lagi.
Nak tahu kisah lanjut? Dengarkan sampai habis!
Kisah penghijrahan, kisah inspirasi, motivasi diri, positiviti, muhasabah diri dan pelbagai kisah...
ZAYAN | “Dulu Rimas Bila Cakap Pasal Islam, Tapi Sekarang..” - Angeline Tan & Sabri Yunus | Ruang Cerita ZAYAN

[ RUANG CERITA ZAYAN ; EPISOD 10 BERSAMA SABRI YUNUS & ANGELINE TAN ] Sabri Yunus & Angeline Tan, nama yang tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air! Siapa sangka persahabatan hampir 32 tahun telah melahirkan bibit cinta di antara mereka! Bagi Angeline Tan pula, pelbagai cabaran yang dihadapinya ketika mendalami ilmu agama Islam. Namun, dia mengakui kini lebih tenang dan anggap sebagai melangkah ke fasa yang baharu! Kisah penghijrahan, kisah inspirasi, motivasi diri, positiviti, muhasabah diri dan pelbagai kisah yang tak pernah diceritakan oleh tetamu jemputan. Segalanya untuk anda di podcast terbaru, Ruang Cerita ZAYAN bersama FBI & Nana, setiap Sabtu jam 11 pagi. #RuangCeritaZAYAN #FnNPagiZAYAN...
ZAYAN | “Pernah Terfikir Takkan Pakai Hijab, Risau Bila Ada ‘Benda’ Selalu Ikut Saya” - Ili Ruzana | Ruang Cerita ZAYAN

[ RUANG CERITA ZAYAN ; EPISOD 9 BERSAMA ILI RUZANNA ]
Penyampai radio HITZ, penyanyi & penulis lirik, Ili Ruzanna menyingkap kisah penghijrahannya dalam mencari keredhaan Allah SWT. Ada detik yang dikongsikan di episod ini tentang kisahnya mendalami ilmu agama. Ujian berat juga menimpa dirinya setelah kehilangan ibu tercinta yang menghidap kanser payudara ketika itu.
Nak tahu kisah lanjut? Tengok video sampai habis!
Kisah penghijrahan, kisah inspirasi, motivasi diri, positiviti, muhasabah diri dan pelbagai kisah yang tak pernah diceritakan oleh tetamu jemputan. Segalanya untuk anda di podcast terbaru, Ruang...
ZAYAN | “Pernah Dituduh Mandul, Murung Bila Kehilangan Arwah Mama” - Elizad Sharifuddin | Ruang Cerita ZAYAN

[ RUANG CERITA ZAYAN ; EPISOD 8 BERSAMA ELIZAD SHARIFUDDIN ]
Pelakon, penyanyi, model & bekas penyampai radio, Elizad Sharifuddin mengimbau semula dirinya bertapak sebagai seorang anak seni dalam industri hiburan. Dia juga menyingkap detik penghijrahannya untuk mendalami ilmu agama dan kisah perkahwinan serta perjalanan mencabar menjalani rawatan IVF untuk ikhtiar bagi mendapatkan zuriat.
Nak tahu kisah lanjut? Tengok video sampai habis!
Kisah penghijrahan, kisah inspirasi, motivasi diri, positiviti, muhasabah diri dan pelbagai kisah yang tak pernah diceritakan oleh tetamu jemputan. Segalanya untuk anda di podcast terbaru, Ruang Cerita...
ZAYAN | “Mati Itu Pasti, Cuma Kita Tak Tahu Bila” - Ebby Yus | Ruang Cerita ZAYAN

[ RUANG CERITA ZAYAN ; EPISOD 7 BERSAMA EBBY YUS ]
Pelakon dan pelawak, Ebby Yus melalui pelbagai liku-liku kehidupan sebagai selebriti hampir 42 tahun dalam industri hiburan. Dia juga diuji apabila disahkan menghidap sakit jantung dan buah pinggang.
Malah, dia juga menceritakan tentang kisah penghijrahannya yang membuat hatinya terjentik apabila menemui seorang ustaz di sebuah program TV.
Nak tahu kisah lanjut? Tengok video sampai habis!
Kisah penghijrahan, kisah inspirasi, motivasi diri, positiviti, muhasabah diri dan pelbagai kisah yang tak pernah diceritakan oleh tetamu...
ZAYAN | “Hati Tak Ikhlas Ibu Paksa Hafaz Al-Quran Tapi..” - Ustaz Dr. Kamilin Jamilin | Ruang Cerita ZAYAN

[ RUANG CERITA ZAYAN ; EPISOD 6 BERSAMA USTAZ DR. KAMILIN JAMILIN ]
Pendakwah, Ustaz Dr. Kamilin Jamilin kini pemegang Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang hadis menceritakan mengenai keyakinan tinggi yang dirinya sandarkan pada doa seorang insan bergelar ibu.
Malah, kehidupan sebagai seorang pendakwah juga bukanlah mudah seperti disangka! Pelbagai cabaran dilaluinya juga untuk membuka dan meneruskan Sekolah Tahfiz di bawah pimpinannya.
Nak tahu kisah lanjut? Tengok video sampai habis!
Kisah penghijrahan, kisah inspirasi, motivasi diri, positiviti, muhasabah diri dan pelbagai kisah...
ZAYAN | “Pernah Difitnah, Dipukul, Dipaksa Minum Air K*ncing Ketika Berdakwah” - Ustaz Hanafiah Malek | Ruang Cerita ZAYAN

[ RUANG CERITA ZAYAN ; EPISOD 5 BERSAMA USTAZ HANAFIAH MALEK ]
Pendakwah, Ustaz Hanafiah Malek pernah didiagnos kanser limfoma tahap empat pada tahun 2017 lalu dan ia merupakan detik ujian terbesar bagi dirinya. Malah, pelbagai pengalaman berdakwah di kawasan perkampungan, lorong ‘gelap’, bersama golongan mak nyah dan gangster juga banyak belajar untuk terus kuat sebarkan mesej Islam.
Nak tahu kisah lanjut? Dengarkan episod sampai habis!
Kisah penghijrahan, kisah inspirasi, motivasi diri, positiviti, muhasabah diri dan pelbagai kisah yang tak pernah diceritakan oleh tetamu jemputan. Segalanya untuk anda di podc...
ZAYAN | “Jadi Pendakwah Mencabar, Nyaris Maut, Orang Hantar Sihir” - Ustaz Yaakub Yusra | Ruang Cerita ZAYAN

[ RUANG CERITA ZAYAN ; EPISOD 4 BERSAMA USTAZ YAAKUB YUSRA ]
Pelbagai cabaran dan rintangan dihadapi Ustaz Yaakub Yusra dalam kehidupannya untuk menjadi pendakwah. Malah, ujian demi ujian menimpa ketika dia membangunkan pusat dakwah dan pengajian Islam di Murtadha Dakwah Centre (MADAD), Sungai Petani, Kedah.
Kisah penghijrahan, kisah inspirasi, motivasi diri, positiviti, muhasabah diri dan pelbagai kisah yang tak pernah diceritakan oleh tetamu jemputan. Segalanya untuk anda di podcast terbaru, Ruang Cerita ZAYAN bersama FBI & Nana, setiap Sabtu jam 11 pagi.
#RuangCeritaZAYAN #FnNPagiZAYAN
#UstazYaakubYusra #MADAD #ZAYANShare<...
ZAYAN | “Kita Ni Semua Pendosa, Tiada Kerugian Dalam Menutup Aurat” - Amira Othman | Ruang Cerita ZAYAN

[ RUANG CERITA ZAYAN ; EPISOD 3 BERSAMA AMIRA OTHMAN ]
Perjalanan Amira Othman sebagai anak seni bukanlah sesuatu yang mudah, apatah lagi mengenakan imej muslimah berhijab. Ketahui pelbagai kisah penghijrahan dan inspirasi dirinya untuk episod kali ini.
Nak tahu lebih lagi? Dengar sampai habis tau!
Kisah penghijrahan, kisah inspirasi, motivasi diri, positiviti, muhasabah diri dan pelbagai kisah yang tak pernah diceritakan oleh tetamu jemputan. Segalanya untuk anda di podcast terbaru, Ruang Cerita ZAYAN bersama FBI & Nana, setiap Sabtu jam 11 pagi.
#RuangCeritaZAYAN
<...ZAYAN | “Kalau Ada Jodoh, Saya Terima! Kalau Tiada, Saya…” - Erra Fazira | Ruang Cerita ZAYAN

[ RUANG CERITA ZAYAN ; EPISOD 2 BERSAMA ERRA FAZIRA ]
Erra Fazira, seorang primadona yang tidak asing lagi di industri hiburan tanah air! Pelbagai cabaran yang dilalui dan dia juga berkongsi mengenai kisah penghijrahannya, kasih sayang keluarga serta jodoh yang akan datang.
Nak tahu lebih lagi? Dengarkan sampai habis tau!
Kisah penghijrahan, kisah inspirasi, motivasi diri, positiviti, muhasabah diri dan pelbagai kisah yang tak pernah diceritakan oleh tetamu jemputan. Segalanya untuk anda di podcast terbaru, Ruang Cerita ZAYAN bersama FBI & Nana, setiap Sabtu jam 11 pagi.
<...
ZAYAN | “Maksiat Ni Sedap, Nak Tinggalkan Payah Tapi Atas Doa Ibu Saya…” - Ijam Medicine | Ruang Cerita ZAYAN

[ RUANG CERITA ZAYAN ; EPISOD 1 BERSAMA IJAM MEDICINE ]
Ijam Medicine, seorang penyanyi rock tempatan awal 80-an mengakui banyak tersasar setelah ceburi bidang hiburan. Malah, banyak juga kekhilafan yang pernah dilakukan dan banyak ujian serta cabaran telah ditempuhi.
Nak tahu lebih lagi? Dengarkan sampai habis tau!
Kisah penghijrahan, kisah inspirasi, motivasi diri, positiviti, muhasabah diri dan pelbagai kisah yang tak pernah diceritakan oleh tetamu jemputan. Segalanya untuk anda di podcast terbaru, Ruang Cerita ZAYAN bersama FBI & Nana, setiap Sabtu jam 11 pagi.